Kenali Pengasas

Tuan Haji Syed Ageel bin Dato Syed Mohd Mahayadin Al Haddad merupakan pengarah Urusan Al Haddad Marketing merupakan graduan perakaunan Universiti Teknologi MARA (UITM) pada tahun 1997. Beliau memulakan kerjayanya di Penang Port Sdn. Bhd. sehingga 2008 di mana beliau menjadi juruaudit kanan. Beliau mula menceburi bidang perniagaan sebagai penjual buah-buahan di pasar basah Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur selama setahun.

Selepas itu, beliau mula serius melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dengan menjual pelbagai produk. Disebabkan minat dan ketekunan yang kuat, beliau kemudiannya menjadi pendorong di sebuah syarikat jualan langsung untuk berkongsi pengalaman perniagaannya Kerana kesungguhan dan ketekunannya, Al Haddad Marketing kini telah menjadi vendor produk Muslim tempatan yang berjaya di pasaran Malaysia. Al Haddad Marketing kini bersedia untuk membuka jalan untuk pertumbuhan selanjutnya di arena antarabangsa.

Perihal Al Haddad Marketing

Visi

Menjadi pengilang dan pemasar produk halal dan makanan kesihatan yang berkualiti serta membantu dalam pembangunan usahawan yang berjaya.

Misi

Sejarah Penubuhan

Al Haddad Marketing

Al Haddad Marketing diasaskan oleh Tuan Syed Ageel bin Syed Mohd Mahayadin Al Haddad dan isteri pada Oktober 2010 dengan memulakan perniagaan dari rumah mereka. Bagi mengukuhkan perniagaan ini, beliau telah bergabung dengan Tuan Hj. Syed Salahuddin bin Syed Mohd Mahayadin Al Haddad dengan menubuhkan Al Haddad Marketing Sdn. Bhd.

Bagi memenuhi permintaan yang tinggi dalam pasaran, Al Haddad Manufacturing digerakkan pada Oktober 2014 Kini, Al Haddad Marketing terus menyebarkan perniagaannya ke beberapa negara Asia dan yang terbaru adalah di Timur Tengah.